CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Datuk Seri Samy Vellu Sangalimuthu


Datuk Seri Samy Vellu Sangalimuthu (Lahir 8 Mac 1936), lebih dikenali sebagai Samy Vellu, dikenali sebagai Semi Value (Nilai Separa) di kalangan musuh politiknya adalah seorang ahli politik berketurunan India dan seorang ahli arkitek berdaftar. Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas Menteri Kerja Raya Malaysia.

Kedua ibu bapanya merupakan seorang penoreh getah di
Kluang, Johor, bersama-sama imigran India yang lain yang dibawa oleh penjajah British bekerja di ladang-ladang getah. Semasa remajanya, beliau pernah menjadi konduktor bas di GTC Bus Company, syarikat pengangkutan tempatan pada 1950. Kemudian beliau menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek.


Samy Vellu mempunyai seorang anak lelaki, Vell Paari, 37 dan seorang anak perempuan. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Indrani, isteri kedua beliau. Menantunya, Shaila Nair merupakan penyanyi terkenal yang selalu mengadakan persembahan di Malaysia dan Singapura.


Pada 1961, beliau bertanding kerusi di MIC Selangor tetapi kalah. Tahun berikutnya, beliau dilantik menjadi Pengerusi Biro Kebudayaan MIC. Pada 1967, belaiu dilantik memegang jawatan Setiausaha MIC Selangor dan pada 1972, beliau dikenali sebagai seorang arkitek. Dua tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput.
Dengan sokongan dan popularitinya dalam parti, beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden MIC. Beliau mengalahkan pencabarnya, S. Subramaniam, yang ketika itu Setiausaha Agung MIC dengan majoriti 26 undi. Kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden dan pada tahun 1979, beliau dilantik menjadi Presiden MIC.
Beliau dipilih menganggotai kabinet pertama kali pada 1979 dan dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya. Kemudian dari tahun 1989 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. Kini beliau memegang semula jawatan sebagai Menteri Kerja Raya dan merupakan antara 3 orang menteri yang paling lama memegang jawatan menteri selepas Datuk Seri
Lim Keng Yaik dan Datuk Seri Rafidah Aziz.


Sejak memegang portfolio sebagai Menteri Kerjaraya, Malaysia, Samy didakwa oleh pihak pembangkang sebagai terlibat dengan beberapa skandal wang dan penyelewengan kerja dalam beberapa projek pembinaan di Malaysia, termasuklah penemuan kulat @ fungus yang tumbuh di sistem hawa dingin pada teater operasi di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru bersama-sama dengan retakan panjang pada MRR2, suatu lebuh raya pintasan di Ampang [1]. Samy juga selalu dituduh memiliki banyak saham pada syarikat-syarikat Malaysia. [2]. Bagaimanapun tiada kes pernah dibuktikan menurut undang-undang.

0 comments: