CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

Perdana Menteri

Perdana Menteri ialah menteri yang paling kanan dalam kabinet, sebahagian cabang eksekutif dalam sistem berparlimen. Walaupun perdana menteri biasanya merupakan ahli politik, ini tidak semestinya.
Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta boleh memecat ahli-ahli kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan
pengerusi kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam sistem kerajaan separa presiden, perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan perkhidmatan awam dan melaksanakan arahan-arahan Presiden
Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, perdana menteri ialah ketua kerajaan, manakala ketua negara (Raja, Ratu, Presiden, atau Gabernor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Perdana Menteri biasanya, tetapi bukan selalu, merupakan ahli parlimen dan dikehendaki memastikan pelulusan rang undang-undang oleh badan perundangan. Dalam sebilangan pemerintahan beraja, perdana menteri juga mempunyai kuasa eksekutif (dikenali sebagai Prerogatif Diraja) yang terletak pada takhta kerajaan oleh perlembagaan dan boleh dipergunakan oleh perdana menteri tanpa kebenaran parlimen.
Selain daripada merupakan Ketua Kerajaan, perdana menteri mungkin mempunyai peranan atau gelaran yang lain — umpamanya, Perdana Menteri United Kingdom juga merupakan
Lord Perbendaharaan Pertama. [1] Para perdana menteri juga boleh memegang jawatan menteri yang lain — umpamanya, semasa Perang Dunia II, Winston Churchill juga merupakan Menteri Pertahanan (walaupun tidak adanya Kementerian Pertahanan ketika itu). Banyak Perdana Menteri Malaysia juga memegang jawatan menteri yang lain, khususnya kementerian-kementerian yang penting seperti Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan

0 comments: